Alhamdulillah,
di beri nikmat untuk hidup selama 22 tahun di muka bumi ini,
tapi bila fikir fikir balik,
selama 22 tahun hidup ni,
dah berapa lama janji denganNya telah ditunaikan?
huu kecut perut,
macam x sampai 10% pun
tapi insyaAllah Allah itu maha pemurah dan maha mengasihani,
walaupun agak lewat untuk sedar akan matlamat hidup di dunia ni,
Allah still akan berikan petunjukNya kepada hamba2Nya yang terpilih,
cuma kita kena sentiasa usaha untuk mecari hidayah dan petunjukNya
dan kena selalu alert!
alhamdulillah selesai sudah,
kem latihan musim panas 2012 di Tennessee,
banyak perkara yang ku belajar,
lebih-lebih lagi,
belajar dari kesilapan,
itu namanya tarbiyah,
ku akui, dari segi pengurusan dan kepimpinan,
ku bukanlah insan yang mempunyai ciri-ciri tersebut!
huuu
ku lebih suka di beri arahan daripada memberi arahan atau tugasan,
ku lebih rela menggalas tugasan yang banyak2 dari memberi insan insan menggalas tugasan
kerana diri sendiri tidak tahu macammana nak membahagikan tugasan
huuu
maaf atas kekurangan diri,
tapi kadang-kadang kita kena sedar, walaupun kita selesa untuk di beri tugasan,
kita juga merupakan khalifah di muka bumi,
mungkin dari situ ku dapat mengerti apa erti khalifah itu sendiri,
sebelum ni asyik dengar kita ni khalifah,
tapi tak tahu apa sebenarnya khalifah tu?
bukanlah nak jadi perdana menteri ka presiden ka apa,
cukuplah menjadi pemimpin untuk diri sendiri,
kalau kita tak pimpin diri kita, siapa nak pimpin?
takut2 di pimpin oleh hawa nafsu?
uih lagi payah tu!
kita yang sepatutnya memimpin hawa nafsu kita!
kita yang beri tugas pada dia,
contohnya, oke nafsu hari ni saya berkeinginan untuk membaca alquran!
bukan nafsu yang memberi tugas pada kita,
contohnya, oke diri hari ni nafsu x nak baca alquran!
uish naya,
alhamdulillah..
sebelum tibanya stc, saya sangat gusar dan gundah,
saya nampak kesilapan dan kekurangan yang banyak yang telah saya lakukan..
huu maaf kepada sesiapa yang bekerja dengan saya
insyaAllah saya mesti perbaiki masa akan datang!
alhamdulillah,
saya harap akan berkat dan redha Allah untuk stc kali ni,
moga-moga stc kali ini Allah membuka hati hati ramai insan yang telah hadir,
saya sangat suka akan slot "menjejak Andalusia" dan "constantinople"
ya, saya sudah jatuh cinta dengan sejarah islam!
kalau dulu saya selalu memandang remeh akan sejarah islam!
saya jatuh cinta dengan sejarah islam tapi saya masih malas membaca, erk?
apakah?
mesti ubah sifat malas ni!
mesti rajin membaca!
saya bukanlah hebat dari segi fikrah2 islamiyyah, tapi saya sangat suka nak tahu sejarah islamiyyah,
mungkin saya kena banyak tanya dan banyak mencari tentang sejarah?
masa dekat stc, speaker tu selalu tanya, raheeq maktum dah habis ka?
uu dalam hati jawab .... (isilah sendiri)
dia kata, kalau kat uk 2 bulan after isk mesti dah habis,
saya?
2 tahun baru nak start =_='
xpe slow slow!
tapi jangan slow sangat! mesti rajin!
ada lagi yang saya terkesan sepanjang stc,
nak jadi da'ie akhlak kena jaga!
uu paling terkesan! kadang-kadang perkara ni la yang paling sukar untuk di ambil peduli!
rasa akward sebab kakak-kakak ramai sudah pulang,
pada saya merekalah contoh terbaik yang sangat baik dalam menjaga tingkah dan akhlak mereka!
akhwat, tegur saya ya jika saya terlebih2 dalam tingkah dan akhlak saya..
sangat memohon dari antunna!
pemuda itu ada 4 ciri : yakin, kejujuran, semangat dan tindakan!
4 ciri ni mesti ada ayyuhai syabab!
perlahan perlahan untuk menggapai redhaNya
moga Allah redha akan setiap langkah dan usaha kita!
last but not least, terima kasih untuk doa kalian,
terima kasih untuk semua!
terima kasih
moga Allah merahmati kita semua dalam perjalanan menuju redhaNya
wasalam
No comments:
Post a Comment