Tuesday, 28 January 2014

N e w

more than 5 months,

should I keep on writing?

for I know I'm not a good writer

sigh

Allah knows best

Friday, 24 May 2013

r e f l e k s i # 1

bismillahirrahmannirrahim

it has been a while since i last update this blog

penuh labah labah...

alhamdulillah

all praises be to Allah

for without Him,

i will never have the chance to write and express all the feelings that I feel right now

at this moment,

subhanallah wa alhamdulillah,

for with His will 

my friends and I are able to graduate within the time that is provided for us

wa thumma alhamdulillah,

for with His will too

I'm going back to Malaysia next week inshaAllah

pray for our journey

wa alhamdulillah,

for with His will too

He taught me to reflect on something that I have forgot before

to reflect on these two words that seem to be the same but actually they are not

"menyegerakan" and "tergesa-gesa"

I first stumbled upon these two words when I read this book titled

"ku pinang kau dengan hamdallah"

it's true, most people especially those who are around my age will plan either to continue with their studies, or looking for a job, or even getting married.

from the title of the book itself, of course the book is reflecting on a topic about marriage

in the book, it gives us a review upon what it means to "menyegerakan perkahwinan" and "tergesa-gesa dalam perkahwinan" - there is a huge different between those two, seriously!

there is this analogy that is given by the author for us to differentiate between those terms

let me explain it in malay for I would not want to mislead you guys when I explain it in english, for as you can see my english is not written that well like an A++ student, sorry, that's the fact!

analoginya begini,

bayangkan anda diamanahkan untuk memasak pada satu hari yang bertuah ini!

anda memilih untuk memasak sup ayam yang sangat sedap serta sihat untuk di makan!

lalu, ada dua cara yang anda ada untuk menyiapkan masakan sup ayam tersebut!

cara yang pertama,

anda terus masukkan ayam ke dalam sup bersama dengan sayur-sayur seperti kubis bunga, lobak merah, taugeh dan sebagainya

lalu anda biarkan ayam tersebut masak bersama dengan sayur-sayuran tersebut!

ataupun cara yang kedua,

anda memasukkan ayam terlebih dahulu ke dalam sup dan anda tunggu sehingga ayam tersebut masak
kemudian anda meletakkan sayur-sayuran kegemaran anda!

hasil daripada kedua cara tadi anda tetap mendapat hidangan sup ayam yang menyelerakan untuk di makan!

akan tetapi, anda akan dapat melihat hasil yang berbeza melalui kedua cara tersebut!

melalui cara yang pertama, anda akan melihat sayur-sayuran yang anda masukkan bersama ayam anda kelihatan layu dan tidak segar kerana di masak terlalu lama,

manakala, melalui cara yang kedua anda melihat sayuran itu sangat segar dan tidak layu kereana di masak dalam waktu yang singkat

ibaratnya di sini cara yang pertama menampakkan anda merupakan seorang yang tergesa-gesa untuk memasak sup ayam tersebut,

manakala cara yang kedua anda memang mahu memasak sup ayam dalam masa yang singkat (baca: segera) akan tetapi anda memilih masa yang lebih sedikit untuk memasak sup ayam tersebut kerana anda menunggu ayam tersebut masak terlebih dahulu sebelum anda memasukkan sayuran-sayuran kegemaran anda

so can you guys differentiate between those two terms now?

sometimes, as a grown up, we often want to get married as soon as we finish our studies, 

well that's true! I always think of that when I still finishing my undergrad studies.

But after reading that book, it makes me realize and think, and ask myself

do I really want to get married after I graduate just because everyone is doing so or what?

am I "Tergesa-gesa" or "menyegerakan"

so you guys have to choose whether you guys really want to tergesa-gesa or menyegerakan

it's all depend on us!

another one more thing, these terms also taught me about speeding on the road!

because I was too "tergesa-gesa" I was caught by the policeman for speeding!

tersentak di situ!

I know i have to segera pulang because I need to work at three, but because I'm too tergesa-gesa I increased the speed and there you go, Allah made the policeman caught me while I'm speeding

astaghfirullah al azim, 

so guys, the lesson is that, we can "menyegerakan" the things that we want to do but please dont do it in tergesa-gesa manners!

Allah will show to us if we too tergesa-gesa

semoga ada manfaat dan hikmah!

wallahu'alam

Thursday, 28 February 2013

s e m a n g a t


Bermalam telah berlalu
Senja yang sendu
Mentari kian menjelma

Kisah lama kau dan aku
Bersusah payah meredah
Irama indah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

Mari kita berukhwah
Islam kembali izzah
Janganlah berundur 
Menangislah tapi jangan mengalah

Ku jatuh berkali-kali
Tak ku mengerti 
Perlukah aku berhenti

Walau kau tiada lagi
Berjuang di sisi
Jalanku takkan berubah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

............................

Janganlah berundur,
MENANGISLAH
TAPI JANGAN mengalah! 

jalan ini sumpah panjang!
dan bermehnah,

tapi itu yang best!

inshaAllah

fi amanillah

Thursday, 14 February 2013

senior # 2

Alhamdulillah,

dalam kekalutan mengejar segala due date assignments dan exam madness..

Allah beri kesempatan buatku untuk mencuri sedikit masa untuk mencurahkan segala isi hati yang terpendam..

orang selalu cakap budak belajar science mesti tak berapa nak haibat bersastera,

tetapi dalam satu buku yang bertajuk "Prophetic Learning", antara butir mutiara yang saya dapat kaut sebagai butir pengajaran adalah,

walau apa pun bidang yang kita pelajari, kita perlu kuasai bidang sastera, yakni penulisan.

kerana apabila kita mahir dalam menulis, bersyair, berpuisi, ia akan memacu minda kita untuk berkembang dengan lebih pesat *see i mess with my bahasa ibunda*

jadi meluahkan segala isi hati saya merupakan cara yang saya cuba terapkan untuk diri sendiri, dalam menguasai bidang sastera, mungkin tidak sehaibat A.Samad Said mahupun Salim A. Fillah

seriously,

lagi beberapa bulan nak graduate.

nak tamatkan zaman undergraduate.

4 tahun ni, mengajarku erti seorang dewasa berfikiran bijaksana.

bijaksana bukanlah diukur pada berapa cgpa kita dapat sewaktu graduate nanti

tapi bagaimana kita menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk diterapkan dalam kehidupan kita

Encik Howard Gardner ada beritahu,

ada 5 jenis otak yang perlu manusia ada untuk masa depan kelak.

otak pertama, kedua dan ketiga adalah otak yang kita gunakan untuk pelajari ilmu kita,

akan tetapi otak pertama, kedua dan ketiga ini tidak akan berfungsi dengan baik tanpa kehadiran otak keempat dan kelima, kerana kedua otak yang terakhir inilah yang mencorakkan siapa kita sebenarnya

Respect and Ethics,

without respect, it is hard for us to accept others' opinions

and without ethics, it is hard for us to keep on being good without the presence of others.

kalau Dr Harlina, Dr Harlina akan beritahu orang yang ada otak ethics ni, adalah ciri-ciri manusia beriman dan bertakwa,

sebagai seorang muslim kita mesti ada ethics ni, sebabnya walaupun tiada sesiapa di sekeliling kita, kita masih tahu Allah ada untuk mengawasi kita tiap saat dan ketika

jangan sedih kalau kita x mampu nk kuasai otak satu, dua atau tiga, tapi bersedihlah kalau kita tidak ada otak number 4 dan 5 itu

sekian



I want to graduate with flying colors

for the sake of Allah

amin

Allah mudahkan langkah ini!

astaghfirullah al azim

Wednesday, 30 January 2013

semangat #1


dalam debaran ini
bisakah ku hadapai
tiap detik yang dinanti
sedetik yang berlalu
haruskah ku menunggu
saat degupan kian laju
merentas waktu yang kian cemburu
aku semakin gelisah
tidur berselimut resah
terdetik hatiku persoalan
hatiku gementar
jiwaku berdebar
bergetar naluriku bertanya
sudahkah sedia untuk berjuang
berjuang di jalan Yang Esa
akan ku redah medan pertempuran
perjuangan ini masih lama
hanya tika dan masa yang menentukannya
syahid atau berjaya
syahid atau ku berjaya!


Thursday, 17 January 2013

senior #1

Alhamdulillah

sampai juga di semester terakhir sebelum menamatkan zaman bujang 
eh silap zaman undergraduate :)

4 bulan ja lagi
in shaa Allah kena cuba yang terbaik

zaman undergraduate ni zaman kita membina diri
membina wawasan
mengorak pemikiran
mengorak langkah

sepatutnya saya perlu menghabiskan preparation untuk lab chemistry esok
tapi in shaa Allah
nak buat after nak kognsi satu kisah ni

kisah ni berbunyi begini
suatu hari ada seorang ukhti ni datang kepadaku

ukhti, nak dengar suatu story x?

"apa dia?"

tentang [2:216]

"huh? ook, ceritalah"

okay, dengan happynya dia pun cerita lah

pada satu hari ada seekor ibu ayam ni

ibu ayam ni baru sahaja selepas bertelur

ibu ayam ni happy la dengan kelahiran telur pertamanya

lalu untuk menghangatkan telurnya

ibu ayam ni golek-golekkan telur ayam tu

tiba-tiba

"kenapa tiba-tiba?"

tiba-tiba time dia tengah golek-golekkan telur ayam dia tu

teluar ayam dia tu terjatuh

gedebuk...

ibu ayam tu pun terjerit-jerit aaaa telur ayam jatuh 

telur ayam tu jatuh golek-golek ke luar dari lubang reban ayam

lalu ibu ayam tu pun nak kejar la telur ayam tu

dia pun turun la dari reban ayam dia

dia terjumpa itik,

dia pun tanya itik,

"itik - itik ada nampak telur ayam saya?"

itik pun jawab, ada-ada telur ayam awak golek-golek ke sana tapi saya x nampak dia pi mana

"oh yeke?, xpe-xpe, thank you :)"

ibu ayam pun meneruskan pengembaraan mencari telur ayam nya yang golek-golek itu

lalu ibu ayam berjumpa dengan sang burung,

burung burung, nampak x telur ayam saya?

"oh nampak-nampak, saya nampak dia golek-golek ke arah sana"

ibu ayam pun jawab, "yeke? terima kasih :)"

lalu sampai satu ketika ibu ayam terjumpa dengan sang arnab,

"arnab-arnab nampak x telur ayam saya?"

arnab menjawab, " nampak-nampak, ada kat sana tapi ada sesuatu telah berlaku pada telur ayam awak"

ibu ayam, "apa yang telah berlaku?"

"telur ayam awak pecah sewaktu tergolek jatuh ke dalam lubang pokok tu"

ibu ayam, "haa? yeke??"

"takpelah terima kasih, saya nak pergi tengoklah bagaimana ia pecah"

lalu ibu ayam pergi ke tempat yang telah diceritakan oleh sang arnab

setibanya di tempat itu..

"cuba teka apa jadi??"

'telur ayam dia jadi anak ayam dahh'

"betulllllllllllllll"

"so, apa pengajaran dari cerita ni?"

'jangan cepat percaya cakap orang, tengok dulu betul ke tak'

"betul"

"cuba teka lagi"

'jangan sedih sangat akan kehilangan telur ayam'

"betul"

"mula-mula ibu ayam terhilang telur ayam dia, dia tak bersedih, dia cari juga telur ayam dia, tiba-tiba dapat berita telur ayam dia pecah.. rupa-rupanya Allah nak kurniakan dia seekor anak ayam yang telah matang sedikit"

"sama juga macam kes orang bercouple, mula-mula Allah kurniakan pasangan yang ibarat telur ayam sahaja, sekali Allah suruh putuskan sekejap sebab tahu hubungan tu tak halal kan,
lepastu sampai saatnya Allah kurniakan pasangan yang sudah jadi anak ayam,
maksudnya sudah matang dan meningkat dewasa,
sudah sempurna menjadi proses untuk menjadi seekor anak ayam"

jadi boleh jadi kita suka sesuatu tu tapi tak baik utk kita, boleh jadi kita tak suka sesuatu tu tapi baik untuk kita

jadi Allah maha adil

jadi shira.. jangan la sedih ya..

"tapi ukhti, kisah ana dah lama terkubur"

"takpe supaya enti boleh ceritakan dekat orang lain yang pernah mengalami kes macam enti"

"errr... baiklah :)"

mana tahu 'telur ayam' tu dah jadi 'anak ayam'

oke bye

#ibarat lepas undergraduate terus kahwin

pada saya, biarlah Allah aturkan

dengan siapa

moga dengan dia yang mampu membimbing saya ke arah redhaNya

amin

Saturday, 1 December 2012

special # 3

Akhwatifillah

dulu-dulu,

aku tak pernah tahu usrah tu apa...

dan apa maksud usrah tu...

rasa awkward? kan?

dulu-dulu,

aku selalu ingat islam tu,

cukup la aku solat 5 waktu,

puasa bulan ramadhan,

dan berbuat baik pada orang tuaku serta adik beradik ku serta insan sekelilingku,

jahil dok pemikiran ni?

dulu-dulu,

aku selalu doa kuat-kuat dekat Allah

supaya beri aku straight A UPSR, PMR, SPM

lepastu mesti aku terlupa nak bersyukur,

dulu-dulu,

aku selalu terfikir,

kenapalah budak lelaki ni suka sangat melihat pada rupa paras?

lalu aku berdoa supaya aku tidak dilihat sedemikian rupa,

aku juga cuba buktikan,

perempuan yang bijak dengan otak tu la yang cantik,

eee teruk betul pemikiran camni! =_=

kanak-kanak


lalu Allah campakkan aku dekat satu tempat ni,

hampir setahun juga lah,

aku masih diselebungi misteri pemikiran jahil-jahil di atas,

hinggalah satu ketika,

aku diuji dengan ujian bertimpa-timpa,

ku hilang arah,

hilang tempat pergantungan,

di sebalik pergantunganku padaNya,

ku adukan pada seorang ukhti,

dan aku sangat berterima kasih padanya

ku temui 

apa itu usrah sebenarnya

dah tak awkward dah

ku temui

apa itu islam sebenarnya

teringat ku akan kata-kata syahidah "Zainab Al Ghazali"

islam itu bukan sekadar ucapan, tetapi juga iltizam dalam melaksanakan islam itu sendiri

subhanallah

jahil juga aku ni,

tak cukup rupanya islam dengan solat dan puasa

perlu ada pelaksanaan dalam menyampaikan islam juga

dalam setiap perbuatan tindakan dan perkataan


lalu Allah campakkan aku juga di bumi Amerika

alhamdulillah

bi'ah yang solehah

mengajar aku menjadi seorang wanita

mengajar aku melihat sesuatu dari perspektive yang berbeza

mengajar aku erti tanggungjawab

mengajar aku erti kepayahan dan ketabahan

mengajar aku menjadi hambaNya


akhwati fillah

jazakumullah 

untuk setiap kata,

untuk setiap pertolongan...

semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian

mode: menghitung hari, serta terkesan sebab ada orang osu nak graduate :( 

Monday, 8 October 2012

n u m b e r # 1 5

i want to cry

i really want to cry

this is hard

truly hard!

i cried in silence

i keep myself silent

no talking to anybody

too much of thinking

lot of headaches

severe backpain 

too much pain to endure

ey,

baru sikit!

bukan ada tekanan dari luar pun!

rasulullah punya ujian dulu lagi susah taw!

awak tu baru challenge in study!

not even working or marrying yet!

dont give up!

move forward!

endure the pain

for the sake of Allah's love

Allah terimalah diri ini

dalam keadaan Kau redha padaku..

maaf orang sekeliling

Wednesday, 3 October 2012

n u m b e r 1 4

sometimes,

I feel like I just want to stop all these things...

it's hard to breathe,

it's consuming lot of my times,

it's making my head wants to explode...

BIOLOGY 

why you so hard to understand?

I have tried my best to score for the midterm

yet, I'm not satisfied with the result...

yaAllah tak bersyukur ka saya?

saya mahu jadi hambaMu yang bersyukur

yaAllah

semester sangat berat

sangat mencabar

sangat banyak amanah

yaAllah berkati lah setiap masa-masa ini

masa-masa untuk dakwah ni

permudahkanlah yaALLAH

untuk ku memahami dengan sedalamnya erti dakwah ini

permudahkanlah yaAllah

untuk ku menanamkan rasa ikhlas untuk dakwah ini

permudahkanlah yaAllah

untuk ku bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk dakwah ini

permudahkanlah yaAllah

agar lena ku kelak hanya di syurga

agar mata ini terlelap dalam keadaan Kau redha padaku

agar jiwa ini bernafas dengan jiwa yang penuh hamba padaMu

ya Allah,

terima kasih :')

Tuesday, 11 September 2012

i n s p i r a s i # 1

sepatutnya..

start buat paper writing untuk artedu yang perlu di hantar esok..

tapi sebaliknya, saya? buat blog?
=_='

tak pe, dah lama nak tulis, cuma perlu mencuri sedikit masa.

moga-moga menjadi inspirasi buat diri yang selalu tercari-cari

aa rindu, ust hasanudin punya ceramah.. uu

3 minggu, 3 minggu keluar x de nak melekat kat columbus..

pergi jalan ke? tidak tidak.. moga2 ikhlas niat kerana Allah

kadang-kadang rasa boleh tak bagi saya 1 minggu je nak duduk kejap kat columbus so that saya boleh betulkan kembali urusan2 yang tertangguh.. yang menuntut..

tapi saya tahu, kalau saya duduk columbus mesti saya guna sikit je masa nak uruskan urusan2 tersebut tapi selebihnya pasti saya akan habiskan masa tersebut dengan begitu sahaja?

Allah lebih tahu kan?

mungkin kita rasa masa kita ni sempit je..

huhuhu..

x mudah nak korbankan masa untuk dakwah.. tapi kalau kita faham dan kita ikhlas utk lakukannya untuk Allah

Allah mesti tolong kita!
jangan sedih hati

buat perlahan2 setiap urusan tu,

mesti Allah tolong!

Allah tolong!

yakin dengan Allah!

bersangka baik dengan Allah!


agar tertegak kalimah Allah

antara ijazah dan risalah

ghulam dakwah!

bangkit please!

orang lain travel 1-2 hari,
kamu 4 jam pun dah berkira?

wasalam

Tuesday, 21 August 2012

s p e c i a l # 2

1 text received

I stumbled for a while upon reading the text that was sent just now

now I realized,

I didnt have the chance to meet him for the last time,

I still remember when I was still a small kid,

he always love to tease us,

to treat us with everything,

as the time goes by,

I can see that he also grew older and older,

he was diagnosed with diabetes,

and last raya was the last raya that I spent with him,

I still remember when at kampung,

he love to see arabic drama series,

and I know that he knew many thing about DnT,

when I tried to finish "aku dan ikhwanul muslimin" written by yusuf qordhowi,

i always have this feeling of asking him why he has the same book at his house,

and I once said to myself,

when I go back to Malaysia I want to meet him and ask him about it,

but Allah knows best,

and Allah love him more than us,

he went to back to Allah during subh on syawal.

may Allah bless u paklang

i can help but to let this tear falls down

because I know he is part of my families that I always treasure in my heart

al fatihah

Tuesday, 24 July 2012

n u m b e r 1 3


bila mana ustaz syaari menyebut "ayah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan anak-anak"
teringat pula pada tulisan buku cinta di rumah hasan al banna,

di dalam buku tersebut,
sering ditekankan betapa pentingnya peranan seorang ayah dalam pembentukan anak-anak

sy rasa sangat teruja tatkala membaca cara as-syahid imam al banna mendidik anak-anaknya,
penuh dengan rasa kasih dan sayang.

pemilihan seorang wanita sebagai seorang isteri juga sangat osem!

Ummu wafa (isterinya) di pilih sendiri oleh ibu Imam Hasan Al Banna,
dek kerana tersentuh kemerduan ummu wafa mengalunkan bacaan alquran,
terus di perihalkan hal itu kepada imam hasan al banna,
langsung dipersetujui untuk memilihnya sebagai teman hidup

subhanallah!

bukanlah nak cerita tentang perkahwinan ke apa,
tapi more kepada macammana preparation diri kita before melangkah ke arah itu?

sangat suka akan cara Imam Hasan Al Banna,
mendidik anak-anak beliau,
menangani segala permasalahan yang di hadapi

teringat satu kisah di dalam buku tersebut,

anak lelaki Imam Hasan Al Banna, Ahmad saiful islam,
sangat suka membaca komik, 
setelah saiful islam selesai membaca komik,
imam hasan al banna,
mendatangi anaknya lalu berkata lebih kurang camni,
"ayah akan berikan sesuatu yang lebih bagus dari ini"
dan saiful islam meninggalkan sendiri aktiviti membaca komik dengan rela hati  

ingat kahwin suka-suka ke?

ku selalu berdoa moga2 tujuan utama perkahwinan nanti adalah kerana dakwah sendiri
dan paling utama kerana mencari redha ALLAH

x senang nak betulkan niat ni selalu,
kadang2 boleh je niat ni berubah2,

moga Allah redha akan niat ni

jangan fikir bukan2, jauh lagi untuk ke tangga itu,
IM kena mantap dulu,

mujahadah yok kerana Allah
insyaAllah :)

psst: x salah dop kalau nak implement style ni kat kanak2 di child care? moga2 kanak2 itu akan dibukakan hati utk mencari dan mengenali islam di masa akan datang

Tuesday, 17 July 2012

n u m b e r 1 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

huu ramadhan in 2 - 3 hari ja lagi

dah prepare?

Allah ,

betapa takutnya diri ni bila semangat before ramadhan tapi masuk je ramadhan terus slow balik 

uu...

takut

takut 

takut

moga semangat dan feel ramadhan ni terus hidup

sebelum

sementara

selepas!

selepas itu penting kerana itu menjadi kayu ukur

sejauh mana berjaya ke tak ramadhan tu buat kita

sangat takut,

semangat jaga amal tika ramadhan,

tapi after ramadhan?

tunggang langgang!

huuu

Lagi sebulan 5 hari nak start fall semester!

nervousnya!

nervous sebab sepanjang summer ni

I've been to leisure with my life

emm

no good

no good

no good

Alhamdulillah,

Allah beri peluang buang sifat bermalas malasan ni dengan menghadiri

summer school selama 3 minggu

seperti biasa,

dalam 5-5 courses math yang ditawarkan,

differential equation never fails to capture my heart!

cikgu dia mengajar di uni puerto rico,

tapi cara dia ajar DE sgt menarik!

and dia kata, after 3 weeks

you're not only going to know the technique,

but you will learn how to analyze the DE

emm macammana tu?

kita tunggu 3 minggu ye 

insyaAllah :)

i'm going to use these 3 weeks to the fullest!

get to know more people who love maths from different universities

and exchange knowledge with them...

budak major fizik pun join summer school ni,

sebab apa,

sebab dia suka math?

semata-mata?

betul la,

kalau kita suka akan sesuatu perkara tu,

kita akan nak nak nak buat tu dengan rasa happy dan happy

macam islam juga,

kita mesti tanamkan rasa suka kasih dan sayang pada islam

supaya amal kita buat tu selalu kita muhasabahkan supaya ikhlas

semata-mata kerana Allah!

insyaAllah

bercakap tentang ikhlas,

is not an easy thing

but u can still work hard to achieve that level

uu

mujahadah

insyaAllah

psst: kerja seawal pagi uu insyaAllah boleh!

yoshh!

Wednesday, 11 July 2012

s p e c i a l # 1

Alhamdulillah,

di beri nikmat untuk hidup selama 22 tahun di muka bumi ini,

tapi bila fikir fikir balik,

selama 22 tahun hidup ni,

dah berapa lama janji denganNya telah ditunaikan?

huu kecut perut,

macam x sampai 10% pun

tapi insyaAllah Allah itu maha pemurah dan maha mengasihani,

walaupun agak lewat untuk sedar akan matlamat hidup di dunia ni,

Allah still akan berikan petunjukNya kepada hamba2Nya yang terpilih,

cuma kita kena sentiasa usaha untuk mecari hidayah dan petunjukNya

dan kena selalu alert!

alhamdulillah selesai sudah, 

kem latihan musim panas 2012 di Tennessee,

banyak perkara yang ku belajar,

lebih-lebih lagi,

belajar dari kesilapan,

itu namanya tarbiyah,

ku akui, dari segi pengurusan dan kepimpinan,

ku bukanlah insan yang mempunyai ciri-ciri tersebut!

huuu

ku lebih suka di beri arahan daripada memberi arahan atau tugasan,

ku lebih rela menggalas tugasan yang banyak2 dari memberi insan insan menggalas tugasan

kerana diri sendiri tidak tahu macammana nak membahagikan tugasan 

huuu

maaf atas kekurangan diri,

tapi kadang-kadang kita kena sedar, walaupun kita selesa untuk di beri tugasan,

kita juga merupakan khalifah di muka bumi,

mungkin dari situ ku dapat mengerti apa erti khalifah itu sendiri,

sebelum ni asyik dengar kita ni khalifah,

tapi tak tahu apa sebenarnya khalifah tu?

bukanlah nak jadi perdana menteri ka presiden ka apa,

cukuplah menjadi pemimpin untuk diri sendiri,

kalau kita tak pimpin diri kita, siapa nak pimpin?

takut2 di pimpin oleh hawa nafsu?

uih lagi payah tu!

kita yang sepatutnya memimpin hawa nafsu kita!

kita yang beri tugas pada dia, 

contohnya, oke nafsu hari ni saya berkeinginan untuk membaca alquran!

bukan nafsu yang memberi tugas pada kita,

contohnya, oke diri hari ni nafsu x nak baca alquran!

uish naya,

alhamdulillah..

sebelum tibanya stc, saya sangat gusar dan gundah,

saya nampak kesilapan dan kekurangan yang banyak yang telah saya lakukan..

huu maaf kepada sesiapa yang bekerja dengan saya

insyaAllah saya mesti perbaiki masa akan datang!

alhamdulillah,

saya harap akan berkat dan redha Allah untuk stc kali ni,

moga-moga stc kali ini Allah membuka hati hati ramai insan yang telah hadir,

saya sangat suka akan slot "menjejak Andalusia" dan "constantinople"

ya, saya sudah jatuh cinta dengan sejarah islam!

kalau dulu saya selalu memandang remeh akan sejarah islam!

saya jatuh cinta dengan sejarah islam tapi saya masih malas membaca, erk?

apakah?

mesti ubah sifat malas ni!

mesti rajin membaca!

saya bukanlah hebat dari segi fikrah2 islamiyyah, tapi saya sangat suka nak tahu sejarah islamiyyah,

mungkin saya kena banyak tanya dan banyak mencari tentang sejarah?

masa dekat stc, speaker tu selalu tanya, raheeq maktum dah habis ka?

uu dalam hati jawab .... (isilah sendiri)

dia kata, kalau kat uk 2 bulan after isk mesti dah habis,

saya? 

2 tahun baru nak start =_='

xpe slow slow!

tapi jangan slow sangat! mesti rajin!

ada lagi yang saya terkesan sepanjang stc,

nak jadi da'ie akhlak kena jaga!

uu paling terkesan! kadang-kadang perkara ni la yang paling sukar untuk di ambil peduli!

rasa akward sebab kakak-kakak ramai sudah pulang,

pada saya merekalah contoh terbaik yang sangat baik dalam menjaga tingkah dan akhlak mereka!

akhwat, tegur saya ya jika saya terlebih2 dalam tingkah dan akhlak saya..

sangat memohon dari antunna!


pemuda itu ada 4 ciri : yakin, kejujuran, semangat dan tindakan!

 4 ciri ni mesti ada ayyuhai syabab!


perlahan perlahan untuk menggapai redhaNya

moga Allah redha akan setiap langkah dan usaha kita!


last but not least, terima kasih untuk doa kalian,

terima kasih untuk semua!

terima kasih

moga Allah merahmati kita semua dalam perjalanan menuju redhaNya

wasalam

Wednesday, 20 June 2012

n u m b e r 1 1

tadi telefon ayah,

dapat dengar suara,

alhamdulillah!

rindunya..

cakap kat ayah,

nak balik,

ayah cakap

alaa kejap je, bulan 12 balik la

diri kata,

lama nak tunggu bulan 12

rasa macam nak travel ke negara lain,

sewaktu ramadhan,

terasa nak melihat suasana ramadhan di tempat lain,

asalkan bukan columbus,

bunyi macam sombong,

tapi itulah kenyataan,

rasa macam nak keluar dari dunia columbus sebentar

perlu melihat suasana lain

kesusahan yang dialami oleh orang lain,

baru hati rasa insaf seinsaf2nya,

baru hati tahu rasa nak bersyukur

jangan ambil mudah kehidupan dunia

bukan sekadar nak dapat apa yang kita aim

tapi nak fulfill apa yang Allah suruh kita buat.

tak senang, tahu?

insyaAllah kena cuba,

sebab Allah selalu ada :)

alhamdulillah!

mungkin turki? mungkin uk (ramai akhawat mantap, tapi x kenal!) ? mungkin tanah suci?

Allah, berilah petunjuk buatku

insyaAllah

mari start summer class

dengan semangat yang baru!

erk amik kelas ke?

amik!

online kelas dan research study!

kene tunaikan hak!

nah lagu...


Monday, 4 June 2012

n u m b e r 1 0


mode : final exam

dengan iringan doa dan kejayaan!

dalam mengejar cita di dunia,
jangan terlalu taksub
sehingga lupa cita utama di akhirat sana!

semakin banyak tanggungjawab di amanahkan,
makin kerdil ku rasa,
dihadapanNya...

rasa terzup bila dengar lirik ni,
"sekadar air mata tak mampu membasahi dosa ini..."

tuhan,
beratnya dosa ku,
tak daya ku pikul sendiri,
hanya rahmat dan kasih sayangMu yang dapat meringankan...
hulurkan maghfirahMu

andai esok bukan milikku lagi
dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

.....

selimuti diriku dengan kasih sayangMu
agar lena nanti
ku mimpi syurga yang indah abadi..

kerehatan kita hanya di syurga!

insyaAllah

salam imtihan kepada warga osu :)
do ur best guys!

Friday, 27 April 2012

n u m b e r 9



deep meaning!

yep! 

change begins with the man in the mirror, which is yourself!

hey shira,

hey hey hey

change urself before you try to change people!

be more productive muslim!

in terms of time,

hey the time is short!

value it to the fullest!

*rasa nak main camera lepastu amik gambar bunga banyak2*

pesanan untuk diri sendiri: elaun dah masuk (alhamdulilllah) , dah sucikan dengan infaq? dah langsaikan hutang-hutang yang tergendala? ~yosh~



Monday, 16 April 2012

n u m b e r 8

Alhamdulillah,

it has been four weeks since the beginning of the spring quarter. I know know and always know that this quarter is going to be a tough one since I take 2 math subjects and high level arabic which requires lot of homework and memorization and understanding the concept of arabic! whew~ and to add 3 homeworks to be submitted every week! double triple whew~

i always want to cry when I feel weak, and always feel that the 24 hours a day are not enough for me! but hey! that 24 hours are enough if you able to manage your time properly!

i know i know i know, time management is the key if you want to balance your study and dakwah! T___________________T


i always ask Allah to give me the kesempatan to do all the tasks...

i always ask 

ask 

ask 

ask

and 

ask,

but what did I give to Him in return?

da'ie yang super adalah da'ie yang balance,

bila kita letakkan hak Allah pada yang teratas,

kita akan rasa pertolongan Allah selalu,

nak sangat rasa macamni,

macam 2 tahun yang lalu,

semasa semester akhir di INTI..

fastabiqul khairat

stop slacking shira,

the tension is when you keep your time free and free and free

Thursday, 1 March 2012

n u m b e r 7


minggu ni, 2-2 hari bekerja,
2-2 kali tu juga la di assign untuk bekerja dalam infant room,
huuu,

perkara yang paling saya rasa aa lemah nya!

i do love babies,

but but but..

entahlah,
sejak dulu lagi,
dalam banyak-banyak perkara yang berkaitan dengan baby,
holding them is the first thing that I would avoid!

kalau pergi mana-mana,
tiba-tiba dekat rumah orang tu ada baby,
kawan-kawan mesti dah berebut-rebut nak pergi,
saya pun berebut juga,
tapi berebut nak tengok jela,

untuk pegang?
thanks, but no thanks!

saya pun tak tahu kenapa,
mungkin saya selalu fikir, 
saya akan jatuhkan budak tu bila saya pegang dia,

mungkin sebab dia terlalu kecil,
jadi dia terlalu precious hingga menyebabkan saya terlalu takut untuk pegangnya.

sebab tu dalam jadual kerja saya,
saya hanya prefer untuk berada dalam kelas toddler atau preschool
sebab saya takut untuk pegang infant,

huu,
tapi minggu ni Allah nak saya belajar sesuatu,
belajar pegang baby!

nampak sangat nervousnya saya tadi!
sampaikan saya sendiri mengaku dekat cikgu,
I'm sorry teacher, but I have no experience with baby.
dengan muka hampa cikgu itu pun tidurkan la baby itu
maaf!

tapi,
langit tak selalunya cerah,
bukan setiap masa kita akan ada peluang untuk "melarikan diri",

can you hold him for me please while waiting for his bottle?
emm.. sure
dalam keadaan terpaksa, saya memilih untuk berkata sure!
gemuruhnya saya,
kecilnya dia,
merengeknya dia,

satu perkara saya belajar,
untuk melahirkan rasa comfortable!
kena ada rasa saling percaya-mempercayai!
ya!
 kepercayaan itu penting!

sama juga dalam hidup kita ni,
mungkin kita rasa ada setengah perkara tu rasa macam tidak adil,
berat sebelah,
tak sepatutnya begitu,
tapi kita kena percaya,
mesti ada sesuatu kebaikan di sebaliknya,
dan kita kena percaya,
Allah sedang mengajar kita untuk mempercayai seseorang,
dan membuang segala pra sangka- pra sangka itu!

insyaALLAH

now i trust myself that i could hold babies with comfort!
alhamdulillah :)

ingat,
kepercayaan itu penting!