Akhwatifillah
dulu-dulu,
aku tak pernah tahu usrah tu apa...
dan apa maksud usrah tu...
rasa awkward? kan?
dulu-dulu,
aku selalu ingat islam tu,
cukup la aku solat 5 waktu,
puasa bulan ramadhan,
dan berbuat baik pada orang tuaku serta adik beradik ku serta insan sekelilingku,
jahil dok pemikiran ni?
dulu-dulu,
aku selalu doa kuat-kuat dekat Allah
supaya beri aku straight A UPSR, PMR, SPM
lepastu mesti aku terlupa nak bersyukur,
dulu-dulu,
aku selalu terfikir,
kenapalah budak lelaki ni suka sangat melihat pada rupa paras?
lalu aku berdoa supaya aku tidak dilihat sedemikian rupa,
aku juga cuba buktikan,
perempuan yang bijak dengan otak tu la yang cantik,
eee teruk betul pemikiran camni! =_=
kanak-kanak
lalu Allah campakkan aku dekat satu tempat ni,
hampir setahun juga lah,
aku masih diselebungi misteri pemikiran jahil-jahil di atas,
hinggalah satu ketika,
aku diuji dengan ujian bertimpa-timpa,
ku hilang arah,
hilang tempat pergantungan,
di sebalik pergantunganku padaNya,
ku adukan pada seorang ukhti,
dan aku sangat berterima kasih padanya
ku temui
apa itu usrah sebenarnya
dah tak awkward dah
ku temui
apa itu islam sebenarnya
teringat ku akan kata-kata syahidah "Zainab Al Ghazali"
islam itu bukan sekadar ucapan, tetapi juga iltizam dalam melaksanakan islam itu sendiri
subhanallah
jahil juga aku ni,
tak cukup rupanya islam dengan solat dan puasa
perlu ada pelaksanaan dalam menyampaikan islam juga
dalam setiap perbuatan tindakan dan perkataan
lalu Allah campakkan aku juga di bumi Amerika
alhamdulillah
bi'ah yang solehah
mengajar aku menjadi seorang wanita
mengajar aku melihat sesuatu dari perspektive yang berbeza
mengajar aku erti tanggungjawab
mengajar aku erti kepayahan dan ketabahan
mengajar aku menjadi hambaNya
akhwati fillah
jazakumullah
untuk setiap kata,
untuk setiap pertolongan...
semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian
mode: menghitung hari, serta terkesan sebab ada orang osu nak graduate :(