Tuesday, 28 January 2014

N e w

more than 5 months,

should I keep on writing?

for I know I'm not a good writer

sigh

Allah knows best

Friday, 24 May 2013

r e f l e k s i # 1

bismillahirrahmannirrahim

it has been a while since i last update this blog

penuh labah labah...

alhamdulillah

all praises be to Allah

for without Him,

i will never have the chance to write and express all the feelings that I feel right now

at this moment,

subhanallah wa alhamdulillah,

for with His will 

my friends and I are able to graduate within the time that is provided for us

wa thumma alhamdulillah,

for with His will too

I'm going back to Malaysia next week inshaAllah

pray for our journey

wa alhamdulillah,

for with His will too

He taught me to reflect on something that I have forgot before

to reflect on these two words that seem to be the same but actually they are not

"menyegerakan" and "tergesa-gesa"

I first stumbled upon these two words when I read this book titled

"ku pinang kau dengan hamdallah"

it's true, most people especially those who are around my age will plan either to continue with their studies, or looking for a job, or even getting married.

from the title of the book itself, of course the book is reflecting on a topic about marriage

in the book, it gives us a review upon what it means to "menyegerakan perkahwinan" and "tergesa-gesa dalam perkahwinan" - there is a huge different between those two, seriously!

there is this analogy that is given by the author for us to differentiate between those terms

let me explain it in malay for I would not want to mislead you guys when I explain it in english, for as you can see my english is not written that well like an A++ student, sorry, that's the fact!

analoginya begini,

bayangkan anda diamanahkan untuk memasak pada satu hari yang bertuah ini!

anda memilih untuk memasak sup ayam yang sangat sedap serta sihat untuk di makan!

lalu, ada dua cara yang anda ada untuk menyiapkan masakan sup ayam tersebut!

cara yang pertama,

anda terus masukkan ayam ke dalam sup bersama dengan sayur-sayur seperti kubis bunga, lobak merah, taugeh dan sebagainya

lalu anda biarkan ayam tersebut masak bersama dengan sayur-sayuran tersebut!

ataupun cara yang kedua,

anda memasukkan ayam terlebih dahulu ke dalam sup dan anda tunggu sehingga ayam tersebut masak
kemudian anda meletakkan sayur-sayuran kegemaran anda!

hasil daripada kedua cara tadi anda tetap mendapat hidangan sup ayam yang menyelerakan untuk di makan!

akan tetapi, anda akan dapat melihat hasil yang berbeza melalui kedua cara tersebut!

melalui cara yang pertama, anda akan melihat sayur-sayuran yang anda masukkan bersama ayam anda kelihatan layu dan tidak segar kerana di masak terlalu lama,

manakala, melalui cara yang kedua anda melihat sayuran itu sangat segar dan tidak layu kereana di masak dalam waktu yang singkat

ibaratnya di sini cara yang pertama menampakkan anda merupakan seorang yang tergesa-gesa untuk memasak sup ayam tersebut,

manakala cara yang kedua anda memang mahu memasak sup ayam dalam masa yang singkat (baca: segera) akan tetapi anda memilih masa yang lebih sedikit untuk memasak sup ayam tersebut kerana anda menunggu ayam tersebut masak terlebih dahulu sebelum anda memasukkan sayuran-sayuran kegemaran anda

so can you guys differentiate between those two terms now?

sometimes, as a grown up, we often want to get married as soon as we finish our studies, 

well that's true! I always think of that when I still finishing my undergrad studies.

But after reading that book, it makes me realize and think, and ask myself

do I really want to get married after I graduate just because everyone is doing so or what?

am I "Tergesa-gesa" or "menyegerakan"

so you guys have to choose whether you guys really want to tergesa-gesa or menyegerakan

it's all depend on us!

another one more thing, these terms also taught me about speeding on the road!

because I was too "tergesa-gesa" I was caught by the policeman for speeding!

tersentak di situ!

I know i have to segera pulang because I need to work at three, but because I'm too tergesa-gesa I increased the speed and there you go, Allah made the policeman caught me while I'm speeding

astaghfirullah al azim, 

so guys, the lesson is that, we can "menyegerakan" the things that we want to do but please dont do it in tergesa-gesa manners!

Allah will show to us if we too tergesa-gesa

semoga ada manfaat dan hikmah!

wallahu'alam

Thursday, 28 February 2013

s e m a n g a t


Bermalam telah berlalu
Senja yang sendu
Mentari kian menjelma

Kisah lama kau dan aku
Bersusah payah meredah
Irama indah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

Mari kita berukhwah
Islam kembali izzah
Janganlah berundur 
Menangislah tapi jangan mengalah

Ku jatuh berkali-kali
Tak ku mengerti 
Perlukah aku berhenti

Walau kau tiada lagi
Berjuang di sisi
Jalanku takkan berubah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

............................

Janganlah berundur,
MENANGISLAH
TAPI JANGAN mengalah! 

jalan ini sumpah panjang!
dan bermehnah,

tapi itu yang best!

inshaAllah

fi amanillah

Thursday, 14 February 2013

senior # 2

Alhamdulillah,

dalam kekalutan mengejar segala due date assignments dan exam madness..

Allah beri kesempatan buatku untuk mencuri sedikit masa untuk mencurahkan segala isi hati yang terpendam..

orang selalu cakap budak belajar science mesti tak berapa nak haibat bersastera,

tetapi dalam satu buku yang bertajuk "Prophetic Learning", antara butir mutiara yang saya dapat kaut sebagai butir pengajaran adalah,

walau apa pun bidang yang kita pelajari, kita perlu kuasai bidang sastera, yakni penulisan.

kerana apabila kita mahir dalam menulis, bersyair, berpuisi, ia akan memacu minda kita untuk berkembang dengan lebih pesat *see i mess with my bahasa ibunda*

jadi meluahkan segala isi hati saya merupakan cara yang saya cuba terapkan untuk diri sendiri, dalam menguasai bidang sastera, mungkin tidak sehaibat A.Samad Said mahupun Salim A. Fillah

seriously,

lagi beberapa bulan nak graduate.

nak tamatkan zaman undergraduate.

4 tahun ni, mengajarku erti seorang dewasa berfikiran bijaksana.

bijaksana bukanlah diukur pada berapa cgpa kita dapat sewaktu graduate nanti

tapi bagaimana kita menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk diterapkan dalam kehidupan kita

Encik Howard Gardner ada beritahu,

ada 5 jenis otak yang perlu manusia ada untuk masa depan kelak.

otak pertama, kedua dan ketiga adalah otak yang kita gunakan untuk pelajari ilmu kita,

akan tetapi otak pertama, kedua dan ketiga ini tidak akan berfungsi dengan baik tanpa kehadiran otak keempat dan kelima, kerana kedua otak yang terakhir inilah yang mencorakkan siapa kita sebenarnya

Respect and Ethics,

without respect, it is hard for us to accept others' opinions

and without ethics, it is hard for us to keep on being good without the presence of others.

kalau Dr Harlina, Dr Harlina akan beritahu orang yang ada otak ethics ni, adalah ciri-ciri manusia beriman dan bertakwa,

sebagai seorang muslim kita mesti ada ethics ni, sebabnya walaupun tiada sesiapa di sekeliling kita, kita masih tahu Allah ada untuk mengawasi kita tiap saat dan ketika

jangan sedih kalau kita x mampu nk kuasai otak satu, dua atau tiga, tapi bersedihlah kalau kita tidak ada otak number 4 dan 5 itu

sekian



I want to graduate with flying colors

for the sake of Allah

amin

Allah mudahkan langkah ini!

astaghfirullah al azim

Wednesday, 30 January 2013

semangat #1


dalam debaran ini
bisakah ku hadapai
tiap detik yang dinanti
sedetik yang berlalu
haruskah ku menunggu
saat degupan kian laju
merentas waktu yang kian cemburu
aku semakin gelisah
tidur berselimut resah
terdetik hatiku persoalan
hatiku gementar
jiwaku berdebar
bergetar naluriku bertanya
sudahkah sedia untuk berjuang
berjuang di jalan Yang Esa
akan ku redah medan pertempuran
perjuangan ini masih lama
hanya tika dan masa yang menentukannya
syahid atau berjaya
syahid atau ku berjaya!


Thursday, 17 January 2013

senior #1

Alhamdulillah

sampai juga di semester terakhir sebelum menamatkan zaman bujang 
eh silap zaman undergraduate :)

4 bulan ja lagi
in shaa Allah kena cuba yang terbaik

zaman undergraduate ni zaman kita membina diri
membina wawasan
mengorak pemikiran
mengorak langkah

sepatutnya saya perlu menghabiskan preparation untuk lab chemistry esok
tapi in shaa Allah
nak buat after nak kognsi satu kisah ni

kisah ni berbunyi begini
suatu hari ada seorang ukhti ni datang kepadaku

ukhti, nak dengar suatu story x?

"apa dia?"

tentang [2:216]

"huh? ook, ceritalah"

okay, dengan happynya dia pun cerita lah

pada satu hari ada seekor ibu ayam ni

ibu ayam ni baru sahaja selepas bertelur

ibu ayam ni happy la dengan kelahiran telur pertamanya

lalu untuk menghangatkan telurnya

ibu ayam ni golek-golekkan telur ayam tu

tiba-tiba

"kenapa tiba-tiba?"

tiba-tiba time dia tengah golek-golekkan telur ayam dia tu

teluar ayam dia tu terjatuh

gedebuk...

ibu ayam tu pun terjerit-jerit aaaa telur ayam jatuh 

telur ayam tu jatuh golek-golek ke luar dari lubang reban ayam

lalu ibu ayam tu pun nak kejar la telur ayam tu

dia pun turun la dari reban ayam dia

dia terjumpa itik,

dia pun tanya itik,

"itik - itik ada nampak telur ayam saya?"

itik pun jawab, ada-ada telur ayam awak golek-golek ke sana tapi saya x nampak dia pi mana

"oh yeke?, xpe-xpe, thank you :)"

ibu ayam pun meneruskan pengembaraan mencari telur ayam nya yang golek-golek itu

lalu ibu ayam berjumpa dengan sang burung,

burung burung, nampak x telur ayam saya?

"oh nampak-nampak, saya nampak dia golek-golek ke arah sana"

ibu ayam pun jawab, "yeke? terima kasih :)"

lalu sampai satu ketika ibu ayam terjumpa dengan sang arnab,

"arnab-arnab nampak x telur ayam saya?"

arnab menjawab, " nampak-nampak, ada kat sana tapi ada sesuatu telah berlaku pada telur ayam awak"

ibu ayam, "apa yang telah berlaku?"

"telur ayam awak pecah sewaktu tergolek jatuh ke dalam lubang pokok tu"

ibu ayam, "haa? yeke??"

"takpelah terima kasih, saya nak pergi tengoklah bagaimana ia pecah"

lalu ibu ayam pergi ke tempat yang telah diceritakan oleh sang arnab

setibanya di tempat itu..

"cuba teka apa jadi??"

'telur ayam dia jadi anak ayam dahh'

"betulllllllllllllll"

"so, apa pengajaran dari cerita ni?"

'jangan cepat percaya cakap orang, tengok dulu betul ke tak'

"betul"

"cuba teka lagi"

'jangan sedih sangat akan kehilangan telur ayam'

"betul"

"mula-mula ibu ayam terhilang telur ayam dia, dia tak bersedih, dia cari juga telur ayam dia, tiba-tiba dapat berita telur ayam dia pecah.. rupa-rupanya Allah nak kurniakan dia seekor anak ayam yang telah matang sedikit"

"sama juga macam kes orang bercouple, mula-mula Allah kurniakan pasangan yang ibarat telur ayam sahaja, sekali Allah suruh putuskan sekejap sebab tahu hubungan tu tak halal kan,
lepastu sampai saatnya Allah kurniakan pasangan yang sudah jadi anak ayam,
maksudnya sudah matang dan meningkat dewasa,
sudah sempurna menjadi proses untuk menjadi seekor anak ayam"

jadi boleh jadi kita suka sesuatu tu tapi tak baik utk kita, boleh jadi kita tak suka sesuatu tu tapi baik untuk kita

jadi Allah maha adil

jadi shira.. jangan la sedih ya..

"tapi ukhti, kisah ana dah lama terkubur"

"takpe supaya enti boleh ceritakan dekat orang lain yang pernah mengalami kes macam enti"

"errr... baiklah :)"

mana tahu 'telur ayam' tu dah jadi 'anak ayam'

oke bye

#ibarat lepas undergraduate terus kahwin

pada saya, biarlah Allah aturkan

dengan siapa

moga dengan dia yang mampu membimbing saya ke arah redhaNya

amin

Saturday, 1 December 2012

special # 3

Akhwatifillah

dulu-dulu,

aku tak pernah tahu usrah tu apa...

dan apa maksud usrah tu...

rasa awkward? kan?

dulu-dulu,

aku selalu ingat islam tu,

cukup la aku solat 5 waktu,

puasa bulan ramadhan,

dan berbuat baik pada orang tuaku serta adik beradik ku serta insan sekelilingku,

jahil dok pemikiran ni?

dulu-dulu,

aku selalu doa kuat-kuat dekat Allah

supaya beri aku straight A UPSR, PMR, SPM

lepastu mesti aku terlupa nak bersyukur,

dulu-dulu,

aku selalu terfikir,

kenapalah budak lelaki ni suka sangat melihat pada rupa paras?

lalu aku berdoa supaya aku tidak dilihat sedemikian rupa,

aku juga cuba buktikan,

perempuan yang bijak dengan otak tu la yang cantik,

eee teruk betul pemikiran camni! =_=

kanak-kanak


lalu Allah campakkan aku dekat satu tempat ni,

hampir setahun juga lah,

aku masih diselebungi misteri pemikiran jahil-jahil di atas,

hinggalah satu ketika,

aku diuji dengan ujian bertimpa-timpa,

ku hilang arah,

hilang tempat pergantungan,

di sebalik pergantunganku padaNya,

ku adukan pada seorang ukhti,

dan aku sangat berterima kasih padanya

ku temui 

apa itu usrah sebenarnya

dah tak awkward dah

ku temui

apa itu islam sebenarnya

teringat ku akan kata-kata syahidah "Zainab Al Ghazali"

islam itu bukan sekadar ucapan, tetapi juga iltizam dalam melaksanakan islam itu sendiri

subhanallah

jahil juga aku ni,

tak cukup rupanya islam dengan solat dan puasa

perlu ada pelaksanaan dalam menyampaikan islam juga

dalam setiap perbuatan tindakan dan perkataan


lalu Allah campakkan aku juga di bumi Amerika

alhamdulillah

bi'ah yang solehah

mengajar aku menjadi seorang wanita

mengajar aku melihat sesuatu dari perspektive yang berbeza

mengajar aku erti tanggungjawab

mengajar aku erti kepayahan dan ketabahan

mengajar aku menjadi hambaNya


akhwati fillah

jazakumullah 

untuk setiap kata,

untuk setiap pertolongan...

semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian

mode: menghitung hari, serta terkesan sebab ada orang osu nak graduate :(