Thursday 28 February 2013

s e m a n g a t


Bermalam telah berlalu
Senja yang sendu
Mentari kian menjelma

Kisah lama kau dan aku
Bersusah payah meredah
Irama indah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

Mari kita berukhwah
Islam kembali izzah
Janganlah berundur 
Menangislah tapi jangan mengalah

Ku jatuh berkali-kali
Tak ku mengerti 
Perlukah aku berhenti

Walau kau tiada lagi
Berjuang di sisi
Jalanku takkan berubah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

............................

Janganlah berundur,
MENANGISLAH
TAPI JANGAN mengalah! 

jalan ini sumpah panjang!
dan bermehnah,

tapi itu yang best!

inshaAllah

fi amanillah

Thursday 14 February 2013

senior # 2

Alhamdulillah,

dalam kekalutan mengejar segala due date assignments dan exam madness..

Allah beri kesempatan buatku untuk mencuri sedikit masa untuk mencurahkan segala isi hati yang terpendam..

orang selalu cakap budak belajar science mesti tak berapa nak haibat bersastera,

tetapi dalam satu buku yang bertajuk "Prophetic Learning", antara butir mutiara yang saya dapat kaut sebagai butir pengajaran adalah,

walau apa pun bidang yang kita pelajari, kita perlu kuasai bidang sastera, yakni penulisan.

kerana apabila kita mahir dalam menulis, bersyair, berpuisi, ia akan memacu minda kita untuk berkembang dengan lebih pesat *see i mess with my bahasa ibunda*

jadi meluahkan segala isi hati saya merupakan cara yang saya cuba terapkan untuk diri sendiri, dalam menguasai bidang sastera, mungkin tidak sehaibat A.Samad Said mahupun Salim A. Fillah

seriously,

lagi beberapa bulan nak graduate.

nak tamatkan zaman undergraduate.

4 tahun ni, mengajarku erti seorang dewasa berfikiran bijaksana.

bijaksana bukanlah diukur pada berapa cgpa kita dapat sewaktu graduate nanti

tapi bagaimana kita menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk diterapkan dalam kehidupan kita

Encik Howard Gardner ada beritahu,

ada 5 jenis otak yang perlu manusia ada untuk masa depan kelak.

otak pertama, kedua dan ketiga adalah otak yang kita gunakan untuk pelajari ilmu kita,

akan tetapi otak pertama, kedua dan ketiga ini tidak akan berfungsi dengan baik tanpa kehadiran otak keempat dan kelima, kerana kedua otak yang terakhir inilah yang mencorakkan siapa kita sebenarnya

Respect and Ethics,

without respect, it is hard for us to accept others' opinions

and without ethics, it is hard for us to keep on being good without the presence of others.

kalau Dr Harlina, Dr Harlina akan beritahu orang yang ada otak ethics ni, adalah ciri-ciri manusia beriman dan bertakwa,

sebagai seorang muslim kita mesti ada ethics ni, sebabnya walaupun tiada sesiapa di sekeliling kita, kita masih tahu Allah ada untuk mengawasi kita tiap saat dan ketika

jangan sedih kalau kita x mampu nk kuasai otak satu, dua atau tiga, tapi bersedihlah kalau kita tidak ada otak number 4 dan 5 itu

sekian



I want to graduate with flying colors

for the sake of Allah

amin

Allah mudahkan langkah ini!

astaghfirullah al azim